TANJUNG HARAPAN : RINDUKU TERDAMPAR DI SANA

tanjung harapan7Tidak sempurna kunjungan ke Klang Bandar Diraja, jika tidak singgah menjamu selera dan membasah tekak di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang. Jarak perjalanan dari Bandar Klang hanya 12 kilometer, sementara dari Shah Alam hanya sekitar 20 kilometer. Namun perjalanan pasti tidak terasa dengan rasa keseronokan yang membungkam didada.

tanjung harapan6Datanglah awal ke Tanjung Harapan, terutamanya di hujung minggu. Nikmati petang hujung minggu dengan panorama berbagai gerai jualan yang mencairkan jiwa. Dari berbagai juadah makanan hinggalah yang menggoda anak-anak kecil untuk memilikinya.

tanjung harapanHentikan langkah kaki sebentar di Esplaned Tanjung Harapan untuk meninjau sebuah replika Kapal Bugis yang menjadi mercu tanda Tanjung Harapan. Pasti hati berkata, betapa hebat dan gagahnya pelaut negara satu ketika dulu. Mengharung lautan membelah alam maya yang penuh cabaran.

tanjung harapan5Sambil merenung jauh ke tengah lautan dengan hembusan lembut bayu laut Selat Melaka, pastinya hati terdetik kagum menyaksikan deretan kapal dagang yang datang dari serata dunia, sehingga mampu terlupa, masa berlalu pergi tanpa sedar.

tanjung harapan2Senja merangkak tiba. Mulakan keasyikan kita dengan duduk bersantai dan jiwa yang damai sambil menunggu ruang waktu untuk menyaksi dan menikmati suasana senja di pinggir laut yang pasti menguja, mendamai dan mengasyikkan jiwa yang sedang gelora. Mentari senja berlalu pergi meninggalkan jiwa yang mengaguminya. Pasti terdetik disanubari…, alangkah indahnya alam ciptaan tuhan.

tanjung harapan3Suasana malam minggu di tanjung harapan pasti semakin meriah. Sepetang bersantai di Tanjung Harapan yang mengasikkan, bertambah gelora dengan hiduan bau masakan yang menyelerakan. Segeralah ke Medan Muara Ikan Bakar, satu-satunya restoran ikan bakar yang menyediakan berbagai hidangan enak pembuka selera.

tanjung harapan4Nikmatilah makan malam dengan konsep restoran terbuka yang mengasyikkan, sambil menikmati deruan angin dan pemandangan senja yang begitu mengasyikkan. Pastinya makan malam itu menjadi kenangan manis yang berpanjangan.

tanjung harapan1Selamat berkunjung dan beristirehat di Tanjung Harapan Pelabuhan Klang..! Suatu pengalaman yang akan membuatkan rindu kembali menggamit dan ingin datang kembali!

Pasti rindu itu sudah terdampar disisimu…Tanjung Harapan….

Add a comment May 28, 2009
Tags: ,

RIMBA KERIANGAN KHAZANAH WARISAN NEGARA

tamannegara2Inginkan aktiviti lasak yang menyeronokkan dan mencabar…?. Segala-galanya terdapat di hutan berusia 130 juta tahun, Taman Negara Pahang, rimba khazanah warisan negara.

taman negaraDisini terdapat segala-galanya. Ruang penginapan yang sungguh selesa, dengan tidur malamnya didendangi dengan bunyi-bunyian unggas malam. Dingin angin rimba seolah-olah membisik dan membuai rindu lara di malam syahdu.

taman negara3Menjelang pagi, segarkan tubuh dengan menyusuri laluan denai hutan dengan hidangan landskap dan pemandangan menghijau, sambil menarik nafas panjang menghirup udara segar tanpa cemaran debu-debu kota.

tamannegara6Peluh pagi kita bersihkan dengan aliran air sungai yang mengalir dicelah batu batan rimba yang bersih dan putih. Dinginnya air mencecah ke tulang hitam, namun kesegaran pastinya kembali keseluruh badan.

tamannegara5Berehatlah seketika, menikmati sarapan pagi sambil menghirup kopi ditengah rimba. Keseronokan diteruskn dengan menguji kekuatan minda dan hati dengan meniti jambatan tinggi penghubung antara satu destinasi ke destinasi, sambil ditemani kicau burung yang sedang menyanyi.

tamannegara4Sebelum malam menyapa, kita sahut cabaran membina jatidiri mengharungi lurah-lurah dendam dilaluan sungai ganas dicelah-celah runcingan batu tajam yang sangat mengujakan.

taman negara1Disinilah segalanya bermula, cabaran, jatidiri, kerjasama dan muhasabah diri. Tentunya di rimba keringan, hutan khazanah warisan negara, Taman Negara Pahang. Sekali ke sini…pasti kan datang lagi.

Add a comment May 28, 2009
Tags:

HORAS! PAK…, MAMPIR DULU

medan2HORAS… HORAS… HORAS…! Wah…agak kasar bunyinya. Itulah sambutan Selamat Datang diterima ketika menjejakkan kaki di Polonia Airport, Medan Indonesia. “Mereka itu dari kaum Batak Karo, yang ramai menduduki Kota Medan, bapak-bapak sekalian nggak risau”, kata pemandu pelancong.

Hiruk pikuk bandar Medan ditinggal. Bebas sudah dari belenggu macet (sesak), meneruskan perjalanan antara 4 hingga 5 jam ke daerah yang dihuni oleh kaum Batak Simalungun, di kawasan pergunungan yang menempatkan Danau Toba. Danau yang terbentuk dari letusan gunung berapi.

medan3ME JUAH-JUAH…aduhhhh…, sambutan Selamat Datang yang diucap dengan lemah lembut. Bukan sahaja tergamam dengan sapaan lembut, kedinginan hembusan bayu Danau Toba mula menyapa tubuh. Segar dan mengujakan sambil tergamam merenung jauh saujana mata memandang ombak-ombak kecil hembusan bayu di permukaan Danau Toba.

medan5Sayup-sayup dari dataran besar, terlihat Pulau Samosir yang menyimpan seribu satu sejarah dan nostalgia jurai kehidupan masyarakat Batak Simalungun. Di situ jugalah pulau yang menyediakan berbagai-bagai hasil jualan dari ciptaan seni kaum batak. Sangat mampu dibeli, walaupun harganya mencecah ribuan rupiah.

brastagi2Semalaman di Danau Toba, perjalanan diteruskan merentasi lereng-lereng gunung berapi menuju ke lokasi lebih dingin, Kota Brastagi. Sarunglah baju sejuk, kerana kedinginannya meresap hingga ke tulang. Deretan gerai buah-buahan menjadikan kita lupa sejenak kampung halaman, ditambah dengan udara segar sepanjang masa. Dari jauh terlihat gunung berapi Sibayak yang sentiasa mengeluarkan asap nipis….dikatakan masih aktif dan mampu meletus bila-bila masa.

medan1TRAGISNYA MEDAN…DATANGLAH KE MEDAN, PASTI HATI TERDETIK UNTUK DATANG SEKALI LAGI….

Add a comment May 27, 2009
Tags:

BUMI KENYALANG UNIK & BERBUDAYA

Sarawak1Selamat datang ba…, ke Kampung Budaya. Tentunya sapaan lembut itu menyambut kedatangan tetamu ke Kampung Budaya Sarawak. Kampung budaya ini juga digelar ‘Muzium Kehidupan’ ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak.

sarawak5Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan.

Sarawak2Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelawat. Penduduk kampung ini menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka.

Sarawak3Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan.

sarawak4Tetamu juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina.

Rumah panjang yang terdapat di sini mempunyai deretan bilik-bilik yang bersebelahan yang disambungkan dengan sebuah ruang serambi yang panjang yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti mengukir kayu dan menganyam bakul.

Singgahlah ke Kampung Budaya jika berkesempatan ke Sarawak Bumi Kenyalang, kerana kesempurnaan lawatan itu menjadi lengkap jika Kampung Budaya menjadi lokasi persinggahan tetamu.

Add a comment May 27, 2009
Tags:

LET GO TO THE ZOO

zoo1Zoo Negara Malaysia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Malaysian Zoological Society yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertama Malaysia.

tigerZoo Negara ditubuhkan pada 14 November 1963 dan pada 2006 mempunyai sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

zoo2Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur.

zoo3Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.

Add a comment May 27, 2009
Tags:

TINGGINYA MENGGAPAI AWAN

klcc1Kisah pemandu teksi Kuala Lumpur bersama pelancong Jepun, menguntum senyuman kita. Lantas bertanyalah pelancong pada pemandu teksi.

Pelancong : cantik airport Malaysia, berapa lama ia dibuat?

Pemandu Teksi : 3 tahun tuan.

Pelancong : Ohhh…lambat, kalau di Jepun, 2 tahun sudah siap. Itu pula tempat apa (merujuk gelanggang F1).

Pemandu Teksi : Tempat lumba kereta F1 tuan.

Pelancong : Berapa lama kerajaan awak buat?

Pemandu Teksi : 1 tahun setengah tuan.

Pelancong : Ohhhh…sangat lambat, kalau di Jepun 1 tahun sudah siap.

Pelancong : Wow..!, ini pula bangunan apa encik (merujuk KLCC).

Pemandu Teksi : ENTAHLAH TUAN, SEMALAM SAYA LALU SINI BELUM ADA LAGI….

klcc2KLCC bangunan berkembar tertinggi di dunia. Jangan lepaskan peluang meninjau mercu tanda kebanggaan negara bersama keluarga.

Add a comment May 27, 2009
Tags:

GUA KELAM WARISAN SEJARAH

Tambahkan koleksi minda kita dengan menyimpan satu khazanah sejarah dari utara tanahair. Jauhkan perjalanan kita bukan sahaja luas pemandangan, namun menambah pengetahuan. Ilmu dicari untuk simpanan dan penceritaan kepada generasi akan datang.

gua kelamMaka Gua Kelam jadi bahan ingatan. Gua yang terletak di Banjaran Nikawan ini merupakan gua tinggalan sejarah yang digunakan untuk melombong bijih timah. Pelombong-pelombing melayu telah mula melombong bijih timah ini beratus tahun dahulu sebelum ketibaan pelombong-pelombong dari China dan Eropah pada abad ke 20.

gua kelam1Gua yang sarat dengan sejarah itu kini menjadi lokasi pelancongan, iaitu Gua Kelam 1 dan Gua Kelam 2 yang menyediakan kemudahan keretapi utk menerokainya.

Jangan ketinggalan untuk menambah pengetahuan bersama keluarga dengan meninjau khazanah sejarah negara. Pastinya kita ke utara merenung sejenak sejarah Gua Kelam.

Add a comment May 27, 2009
Tags: ,

DERUAN AIR DI KAKI GUNUNG

air terjunNikmati bekalan pagi dan tengahari sambil diiringi hempasan air di batu batan Air Terjun Kota Tinggi, air terjun yang indah di kaki Gunung Muntahak.

Aliran lesu sungai yang nyaman menyediakan tempat yang sesuai untuk pelawat bermandi-manda, serta lokasi yang menarik untuk berkelah.

Keindahan semula jadi di sini sungguh menyegarkan, lantas menjadikannya sebuah destinasi yang menarik untuk bersantai bagi penduduk bandar yang berkunjung ke sini.

Manjakanlah tubuh dengan rendaman dingin air dari kaki gunung Muntahak, sambil memejamkan mata mengingati kenangan manis masa lampau, sambil tersenyum menghitung hari indah yang bakal mendatang.

Add a comment May 27, 2009
Tags:

TAMAN TAMADUN ISLAM

tmntamadunislam3Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia.

Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.

Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.

tmntamadunislam1Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).

Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.

tmntamadunislam2Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu.

Add a comment May 26, 2009
Tags:

LAGENDA SUKMA TERPAHAT DI HATI

langkawi1Sumpahan Mahsuri sudah disimpan kemas dalam lipatan sejarah Langkawi. Sejarah itu hanya tinggal kenangan pahit, yang memberi semangat baru menyongsong badai mengangkat bumi lagenda bangkit menjadi gergasi.

Hari ini megah benar Pulau Langkawi yang berasal daripada singkatan perkataan Lang iaitu sejenis burung dan dikaitkan dengan sejenis batu lama bernama kawi yang terdapat di Langkawi. Hasil dari gabungan kedua-dua perkataan ini telah membentuk perkataan Langkawi.

langkawi3Dari padang jarak, padang tekukur, dari kegersangan bumi dan dari sumpah seorang wanita umpama bidadari, Langkawi dibentangkan dengan hamparan pantai yang bersih dengan pasir berkilau di tengahari.

langkawi4Jelajahan kereta kabel ke Gunung Mat Cincang jadi kaguman seluruh warga dunia yang memerhati. Jambatan melengkung yang menemukan puncak dua gunung, menggegar hati siapa yang melalui dan berbagai lagi lagenda yang terpahat sukar untuk dimengerti.

shopping langkawiPastinya Langkawi jadi syurga idaman wanita yang cintakan hiasan rumah dan diri. Segala-galanya ditawarkan dengan tawaran yang sukar dicari. Maka kunjungilah Langkawi. Dari pantai, penginapan, perjalanan feri dan segala-galanya yang berada di Langkawi, jadi ingatan untuk datang kembali.

Add a comment May 26, 2009

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

September 2016
M T W T F S S
« May    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Most Recent Posts